Saturday, January 10, 2009

"Kesihatan Mental"

Baru-baru ni, Newton pi temankan bapa newton buat review
ngan Dr. di Klinik Pakar, Hospital Sandakan...
Masa tunggu nombor giliran tu, newton nampak satu risalah
pasal "Kesihatan Mental" ... erm, mcm menarik jak kan...
Bah, meh newton kasi kongsikan sama2 korang... Tada.....

Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental, tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.

Ia melibatkan kehidupan harian yg merangkumi:
  • Memupuk perasaan, fikiran & tingkahlaku yg positif dlm diri sendiri
  • Kemampuan utk berinteraksi secara sihat ngan org lain, kump. & persekitaran
  • Bagaimana seseorg itu mengendalikan tgjwb, masalah & tekanan yg timbul dr kehidupan harian
Ciri2 kesihatan mental yg Positif:
Terhadap diri sendiri
  • Menyedari kelemahan & kekuatan diri sendiri
  • Berupaya mengawal perasaan
  • Sanggup menerima kegagalan
  • mampu menghindari kegiatan yg X bermoral
  • Menghargai diri sendiri
Terhadap orang lain
  • Mampu berkomunikasi scr b'kesan ngan org lain
  • mampu m'beri & m'nerima kasih sayang
  • Tahu m'hargai & m'percayai org lain
  • Dpt menerima pndpt org lain secara t'buka
Terhadap cabaran
  • Berupaya m'hadapi & m'nyelesai'n masalah
  • Mampu mengatasi konflik ngan bijak
  • Mampu m'buat keputusan utk diri sendiri
  • B'sedia mdptkan p'tolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian
10 Lankah Ke Arah Kesihatan Mental Yg Positif:
  1. Menerima kenyataan diri secara realistik
  2. Mengendalikan masa ngan baik (time management)
  3. Merancang perubahan dlm kehidupan secara bijak
  4. Memupuk hubungan harmoni & ksh syg dgn ahli kluarga & org lain
  5. Menjaga kesihatan fizikal
  6. Menyediakan masa utk aktiviti fizikal & riadah
  7. Memastikan rehat & tidur yg cukup
  8. Mengendalikan tekanan mental secara berkesan
  9. Mengamalkan asas2 kerohanian yg baik
  10. Berkongsi masalah ngan org lain & mendapat p'tolongan profesional sekiranya perlu
Akibat kesihatan mental yg diabaikan se2org itu maybe mengalami:
  • Perasaan rendah diri
  • Tekanan dlm hidup
  • Pertelingkahan & keruntuhan rmhtgga / keluarga
  • Kecenderungan melakukan kegiatan X-bermoral (bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim & perzinaan)
  • Suasana tmpt kerja yg X menyenangkan
  • Kecenderungan menggunakan keganasan utk menyelesaikan masalah (penderaan kanak2 / pasangan, buli jln raya, buli sekolah)
  • Peningkatan risiko penyakit mental.
  • Sewel..... hehehe, nda bah! ~ yg diatas jak yg betul.

Jadi, sama2 lah kita menjaga kesihatan mental kita agar hidup kita aman & sejahtera selalu.... Amin.

"Life is short ~ lets enjoy!!!"

Cheersss!!!

No comments: